Theme Layout

[Rightsidebar]

Boxed or Wide or Framed

[Wide]

Theme Translation

Display Featured Slider

No

Featured Slider Styles

Display Grid Slider

Grid Slider Styles

Display Trending Posts

Yes

Display Author Bio

Display Instagram Footer

Tempahan Design Kad Raya Dan Printing Murah

Tempahan Design Kad Raya Dan Printing Murah



Lagi beberapa hari je lagi nak masuk Ramadhan. Ramai juga dah buat persiapan raya awal macam biasa. Nanti takdelah kelam kabut masa nak raya. Fiza pun buka tempahan sampul duit raya, design kad raya dan printing awal. Jadi, nanti bulan puasa Fiza boleh berehat lebih sikit. Bulan puasa macam-macam boleh buat untuk tambah ganjaran pahala. Bila lagi nak rehat sebulan. Kalau ada yang last minit tempah tu tengok keadaan masa dulu. Kalau ada masa percuma, inshaAllah Fiza akan ambil. Tapi kalau dah sibuk sangat terpaksa tolak. Bukan tolak rezeki tapi kalau keadaan tak mengizinkan, tetap tak dapat buat. Betul tak?

Untuk tempahan sampul duit raya hipster masih lagi dibuka. Stok kraft paper pun Fiza dah ambil. Bolehlah Fiza panjangkan lagi masa ambil tempahan sementara masih ada masa sebelum masuk bulan ramadhan. Selain tu, siapa yang nak tempah design kad raya dan printing sekali pun boleh. Boleh print dengan kuantiti yang sikit dengan harga yang murah

Harga 1 side
20 pcs = RM45
30 pcs = RM53

40 pcs = RM58
50 pcs = RM65

60-70 pcs = RM76
80-130 pcs = RM86

140-160 pcs = RM95
170-200 pcs = RM115

210-250 pcs = RM137
260-300pcs = RM156

350 pcs = RM168
400 pcs = RM181

450 pcs = RM201
500 pcs = RM214


Harga 2 side
20 pcs = RM55
30 pcs = RM63

40 pcs = RM71
50 pcs = RM76

60-80 pcs = RM93
90-100 pcs = RM102

110-150 pcs = RM118
160-180 pcs = RM134

190-200 pcs = RM140
210-250 pcs = RM162

260-300 pcs = RM168
310-350 pcs = RM195

400 pcs = RM209
450 pcs = RM232

500 pcs = RM250

Kos penghantaran percuma untuk seluruh semenanjung dan untuk Sabah Sarawak tambah RM5. Selain percuma kos penghantaran, percuma juga sampul surat berwarna putih. Kalau dah ada design sendiri lebih bagus. Tapi kalau kau orang nak tempah design dengan Fiza pun boleh. Tapi harga design lain ye. Harga di atas untuk kad bersaiz A6 sahaja. Harap maklum.



Keep Reading >>
Azhafizah Md Nor
6 Comments
Gagal Lagi Permohonan Google Adsense

Gagal Lagi Permohonan Google Adsense


Awal pagi hari ni dapat berita yang mendukacitakan hati ini. Bukan hari ni je dapat berita sedih, setiap kali buat permohonan google adsense mesti gagal. Rasanya nak dekat sepuluh kali juga Fiza mohon dan kali ini masih juga gagal.

gagal permohonan google adsense

Sebab-sebab gagal permohonan adsense telah diberitahu dalam email. Alasan yang sama juga setiap kali dapat email sedangkan Fiza dah perbetulkan segala apa yang telah diberitahu. Masih juga gagal??? Siapa yang tak kecewa kalau usaha selama ini gagal.

Usaha mencari maklumat melalui google "Cara Untuk Lulus Adsense" semuanya memberikan tips yang sama. Dan dah tentu Fiza cuba semua tips yang dikongsikan. Ada juga Fiza bertanya pada otai-otai blogger tapi masih kecewa juga sebab belum berhasil juga. Nak tanya mereka lagi macam segan. Jarang orang nak bagi ilmu percuma. Tapi Fiza berterima kasih pada mereka yang berikan tunjuk ajar dan ilmu dengan percuma. Cumanya mungkin belum ada rezeki Fiza bersama adsense lagi. Mungkin akan datang dia akan datang juga agaknya lah.

Buat masa ni Blog Fiza sedang berpantang tanpa iklan nuffnang dan iklan innity yang dua-dua pun sendu sampai sekarang. Kalau tak letak, takde income. Kalau letak earnings tak jalan pun tak mendatangkan faedah juga. Serba salah dibuatnya. 

Cemburu tau tengok rakan blogger lain berjaya bila mohon adsense. Boleh kongsikan tips tak? Setakat ni Fiza dah buang iklan, dah revert to draft mana-mana entri yang berkaitan dengan giveaway, yang banyak gambar, yang tak cukup perkataan, yang ada gambar dan link download. Sampai ada error 404 banyak dalam webmaster tools dashboard. Hari-hari kena clearkan. 

Tak cukup dengan itu, setiap entri Fiza usahakan tulis lebih dari 300 patah perkataan dan letak 2-3 keping gambar sahaja. Apa lagi yang tidak Fiza usahakan? Traffik blog okay je takde masalah. Adakah artikel masih tidak berkualiti lagi? 

Eh, bukan itu saja masalahnya. Siap ada pakej tak boleh letak iklan google adsense di layout blog. Keluar error " Could not save earnings setting"dan bila add iklan secara manual keluar pula "Please correct the errors on this form".Dah macamana nak selesaikan masalah ni?

Semasa mohon adsense kena letak iklan dulu dalam blog kan? Ke selepas approve baru letak iklan tu? Fiza pun dah confused sebab banyak sangat pemahaman dari hasil cariaan google tu. Tak tahu nak rujuk mana satu. Kalau ada yang otai adsense yang sudi membantu, Fiza alu-alukan sangat komen kat bawah ni. Jasa anda amatlah dihargai. Tak nak kecewa dah. Andai kata di kecewakan lagi, masih tetap juga usaha. Tapi kalau dah berpuluh kali usaha, terpaksalah mengaku kalah. Anggap sahaja bukan rezeki.

Keep Reading >>
Azhafizah Md Nor
11 Comments
DIY Ice Cube Tomato Mask

DIY Ice Cube Tomato Mask


Selamat pagi semua. Dua hari sunyi sepi blog Fiza, baru hari ni Fiza muncul update entri. Ini semua gara-gara kekangan idea yang tak berapa nak ada. Jadi, kalau ada idea, terus je update dari dibiarkan sunyi terus. Jadi, pagi ni Fiza update entri DIY Ice Cube Tomato Mask dicampur dengan madu dan juga lemon. Boleh tak kalau Fiza cakap sebenarnya Fiza tak tahu nak sebut mask atau scrub entah. Mana-mana boleh lah ye janji manfaat tomato bagus untuk kulit muka.

DIY tomato mask dah tular juga di media sosial sebelum ni cuma Fiza tak berkesempatan nak buat. Bila ada masa percuma, baru lah terhegeh-hegeh nak mencuba. Lagipun sekarang musim panas, nak melembapkan muka dan menjaga kulit muka, cubalah mask buatan sendiri menggunakan bahan semula jadi.

Disebabkan tak berapa nak rajin nak buat DIY selalu, lebih baik kita gunakan kaedah dengan menjadikan bahan masker dalam bentuk kiub ais. Jadi, bila nak pakai mask dah siap sedia. Tak perlu berleceh bagai buat mask. Menjimatkan masa dan sangat memudahkan. Nak mencuci muka hari-hari dengan tomato pun boleh.


Kalau kau orang nak tahu, banyak manfaat daripada tomato ni untuk kecantikan kulit selain digunakan dalam masakan. Kos pun tidaklah begitu mahal dan nak menyediakannya pun mudah sahaja. Antara kelebihan menggunakan tomato dalam kecantikan adalah mengecutkan jerawat, mencerahkan kulit, mengurangkan bintik-bintik hitam, mengecilkan liang pori kulit muka dan mengatasi kulit kering.

Cara Menggunakan Kiub Ais.

Oleskan kiub ais tomato pada muka dan biarkan kering sehingga 20-30 minit. Kemudian bilas dengan menggunakan air suam. Lakukan 2 kali seminggu dan hasilnya jerawat mengecut dan kulit menjadi licin. Selain itu dapat menyerap lebihan minyak pada muka dan menyejukkan kulit. Rutin ini perlu di lakukan secara konsisten barulah berhasil.

Untuk menghilangkan lingkaran bawah mata atau lebih dikenali sebagai eye bag, hanya perlu lekapkan hirisan tomato bersama yogurt asli dan biarkan selama 15-20 minit kemudian bilas.

Selain untuk kecantikan, tomato juga dikatakan membantu menyingkirkan lemak di dalam badan. Caranya dengan mengamalkan minum jus 2 biji buah tomato sebagai minuman harian setiap pagi sebelum makan makanan berat dan perlu di ambil secara konsisten juga. Ini kerana jus tersebut akan membuatkan rasa kenyang dan mengelakkan makan banyak selepas itu.

Jangan tak percaya, tomato juga mampu merawat masalah rambut yang kering dan bercabang. Juga boleh mengatasi masalah kelemumur. Untuk rambut yang kering dan bercabang hanya perlu lumurkan rambut dengan jus tomato dan balut rambut dengan tuala selama 15-20 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.

Bagi yang mempunyai masalah kelemumur, lenyek tomato dan sapukan pada bahagian kulit kepala. Sama juga perlu biarkan 15-20 minit kemudian bilas dengan air bersih.

Cara buat tomato mask untuk muka

1. Beberapa biji buah tomato +1 sudu lemon + 1 sudu madu
2. Potong tomato dan campurkan semua bahan kemudian blend.


3. Masukkan adunan dalam bekas acuan ais dan guna setelah menjadi kiub ais.


Banyak khasiat tomato ni kalau di kaji dan dibaca lagi. Cukuplah secara am Fiza kongsikan. Kalau kau orang ada masalah-masalah yang disebutkan di atas silalah cuba dulu. Mana tahu berkesan, dah boleh jimat dah beli produk mahal. Kadang-kadang petua dan bahan semulajadi juga berkesan merawat masalah kulit ni. Kalau dah gunakan bahan semulajadi, kau orang jangan fikir kesannya cepat ye. Untuk nampak hasilnya kena gunakan secara konsisten dan mengambil masa.

Keep Reading >>
Azhafizah Md Nor
6 Comments
Hobbit House (Baan Suan Noi Resort) Khao Yai, Thailand

Hobbit House (Baan Suan Noi Resort) Khao Yai, Thailand


Kalau dulunya hobbit house sangat terkenal di New Zealand kerana tempat ini merupakan movie set untuk cerita Lord Of The Rings (LTOR). Dah filem nya popular, haruslah tempat ini popular juga. Pada mulanya Fiza ingatkan hobbit house ni menggunakan kesan khas dalam file tapi tidak. Hobbit house ini memang wujud dan diberi nama The Hobbiton Movie Set.

Itu namanya di New Zealand tapi sekarang hobbit house juga berada di Khao Yai, Thailand di beri nama Baan Suan Noi Resort di mana kau orang boleh menginap di sini. Kiranya di jadikan hotel sebagai tempat penginapan untuk pengunjung. Bukan sekadar untuk melawat atau mengambil gambar sahaja. Malah boleh menginap di sini. Mesti lagi seronok.

Dan semestinya hobbit house ini bukan untuk filem. Tapi mana tahu akan datang ada juga cerita di sini kan. Kata orang, tak perlu pergi jauh ke New Zealand untuk melihat dan rasakan pengalaman di hobbit house, datang ke Thailand je lebih dekat. Tapi pada Fiza, tetap nak rasa suasana di New Zealand dan nak juga datang ke sini. Dua-dua pun nak. Tamak tak? Bab bercuti berjalan ke mana saja kena tamak, dapat lihat suasana di negara orang. 


Paling teruja nak masuk hobbit house yang satu ni. Salah satu trademark hobbit house dibina di lereng bukit bawah tanah.  Agaknya kalau masuk dalam ni, boleh bernafas ke tidak ye? Agak menakutkan juga. Ke Fiza seorang je yang paranoid sangat sampai fikir macam tu. Kalau dah sampai sini nak takut apa. Lagi teruja adalah melihat permandangan yang cantik macam ni. Malaysia mana ada. Mungkin satu hari nanti kena buat juga sebagai salah satu daya tarikan percutian menarik di Malaysia. Setuju tak? 

Teruja juga nak menginap dalam hobbit house yang comel ni. Memang sakan bergambar kalau dah sampai di Hobbit House(Baan Suan Noi Resort) Khao Yai, Thailand ni. Apatah lagi kalau sampai di The Hobbiton Movie Set lagi sakan agaknya bergambar. Well, jadi macam jakun tu perkara biasa. 

Kredit foto : Google
Dah bosan asyik ke Krabi atau tempat lain di Thailand, cuba datang dan menginap di sini pula. Rasakan pengalaman yang lain juga. 

Keep Reading >>
Azhafizah Md Nor
6 Comments
Kembara Ke Selatan Malaysia

Kembara Ke Selatan Malaysia


Perkara paling seronok dalam dunia bila dapat bercuti kembara jelajah sesebuah tempat yang kita teringin sangat nak pergi. Siapa yang tak seronok dan teruja kalau dapat bercuti kan? Sudah tentu semua orang nak bercuti. Ye, kalau boleh dapat bercuti selalu. Tapi disebabkan kekangan masa dan bajet. Kita kena pandai merancang percutian kita. Niat di hati memang teringin nak bercuti di luar Negara. Setakat ini, baru bercuti satu Negara. Tapi niat nak kembara jelajah Malaysia itu lebih teruja lagi sebenarnya. Tak perlu nak jelajah jauh, jelajah Malaysia sudah cukup. Habiskan dulu kembara satu Malaysia, baru tahu seronok ke tidak.

Apa yang Fiza nak kongsikan di sini, sepanjang bercuti di dalam Malaysia ini paling seronok kembara ke Selatan Malaysia iaitu Kluang, Johor sebab banyak aktiviti yang mencabar dan menarik Fiza dapat buat sepanjang 3 hari 2 malam. Susah nak dapat peluang bercuti dengan melakukan banyak aktiviti. Rasanya macam kena datang ke Kluang semula untuk bercuti sebab banyak lagi aktiviti dan tempat-tempat yang tak sempat nak jelajah. Kena bercuti seminggu baru cukup agaknya lah.

Sepanjang Fiza tinggal di Johor, memang ini kali pertama Fiza jejak kaki di bumi Kluang dan sekaligus bercuti. Untuk 3 hari 2 malam, tidur di hotel yang sama disebabkan lebih mudah tak perlu nak berpindah ke hotel lain. Menginap di hotel yang agak murah tapi tak macam hotel murah. Selesa, kemas dan memang puas hati. Cukup lengkap apa yang tersedia di hotel tersebut. Perkhidmatan pekerja pun sangat bagus. Bila penginapan bagus, secara automatik mood bercuti pun bermula dengan baik. Kalau nak booking hotel yang lebih murah dan bajet, sila gunakan perkhidmatan Traveloka.

Sebelum bercuti di Kluang, Fiza dan suami sudah rancang jadual bercuti supaya nanti tak buang masa nak mencari tempat atau baru nak merancang nak ke mana. Rugi! Lebih baik merancang awal. Seperti yang di rancang, awal pagi hari pertama kami lakukan aktiviti yang mencabar dengan mendaki Gunung Lambak, Kluang dengan ketinggian 1400m. Ambil masa 4 jam untuk mendaki dan menuruni Gunung Lambak. Melepas keinginan setelah sekian lama berehat melakukan aktiviti mendaki. Banyak lagi Gunung dan bukit dalam Malaysia yang masih belum di tawan.


Sudah penat dengan aktiviti mendaki, terus kembali ke hotel berehat . Selepas makan tengahari, rehat dan solat zohor Bergerak ke UK Farm Kluang untuk satu lagi aktiviti yang menarik mendekati haiwan-haiwan peliharaan di ladang tersebut. Tapi malangnya, aktiviti jelajah ladang tak dapat nak di laksanakan disebabkan masa tidak mencukupi. Itu sebabnya kena datang Kluang lagi di masa akan datang. Tak perlu nak jauh-jauh ke Sabah untuk nikmati suasana ladang yang cantik. Kalau dapat ke Sabah lagi seronok. Masih dalam Malaysia lagi kan.


Disebabkan kepenatan, balik hotel semula untuk berehat lagi dan bersambung esok nya. Hari terakhir di Kluang menjalankan misi mencari makanan sedap di Kluang. Apa lagi yang di cari kalau bukan nasi lemak. Tak Malaysia lah kalau tak pekena sarapan nasi lemak kan. Singgah makan sarapan di tempat yang paling popular di Kluang iaitu Kluang Rail Coffee yang sentiasa ramai orang. Rugi kalau datang tak singgah sini. Menu dia semua sedap-sedap. Rasa nak makan semua menu yang ada. Tapi cukuplah dapat merasa nasi lemak dan roti yang sedap ini. Seterusnya Fiza jalan-jalan cari makan lagi mencari menu lontong tapi sayangnya habis awal. Ini juga salah satu sebab kenapa Fiza kena datang Kluang lagi. Makanan di Kluang sedap-sedap semuanya. Bukan setakat di Kluang sedap. Di seluruh Malaysia makanan semua sedap-sedap.

Muka Bahagia dapat makan nasi lemak. Hanya di Malaysia
Bila perut sudah kenyang dan bertenaga, teruskan aktiviti jelajah Kluang dengan singgah di Laman Kreatif Kluang di mana ada banyak lukisan dinding yang menarik di sepanjang lorong. Memang seronok melihat semua lukisan yang cantik dan sempat juga bergambar sakan di setiap lukisan yang ada. Lukisan dinding juga sudah menjadi salah satu daya tarikan di setiap negeri dalam Malaysia.


Disebabkan kesuntukan masa untuk balik rumah. Fiza sempat berada di Kluang sampai tengahari dan terus gerak balik rumah. Jadi, masa sangat dengki dengan percutian Fiza. Makanya perlu datang lagi ke Kluang. Ini baru jelajah Kluang belum lagi jelajah banyak tempat-tempat menarik lagi dalam Malaysia. Kalau nak di kongsikan percutian dalam Malaysia ini boleh buat satu buku. Boleh masukkan sekali kisah berbulan madu di Kuantan, percutian di Melaka, Langkawi, Kuala Selangor dan banyak lagi.

Sepanjang berada di Kluang semua aktiviti yang dilakukan memerlukan berjalan kaki lebih sikit daripada biasa. Barulah namanya pengembaraan yang mencabar. Sebelum bercuti, pastikan rancang dulu perjalanan ye.

Kalau nak bercuti secara percuma yang bernilai RM1000, cepat cepat sertai #MyTravelAdventure sekarang dan bakal tamat pada 15 Mei 2017. Terbuka untuk semua blogger. Nak menang? Kena patuhi semua syarat-syarat yang di tetapkan.

Malaysia is Awesome
Keep Reading >>
Azhafizah Md Nor
6 Comments
[name=Azhafizah Md Nor] [img=http://3.bp.blogspot.com/-T6929_GEAQE/WEcqCNF17ZI/AAAAAAAAoLo/OLVmtZMyIJMdZ5ZX4D8jyM6lbcxHp97wQCK4B/s1600/about%2Bme%2Bazhafizah.png] [description=Married.Blogger.Graphic Designer.Johorian.B.Eng (Hons) Electrical & Electronics Engineering.UiTM.Untuk tempahan DESIGN, PENGIKLANAN, COLLABORATION, SPONSORSHIP, GUEST POST dan PRODUK REVIEW boleh emailkan ke :azhafizahmdnor@gmail.com] (facebook=https://www.facebook.com/AzhafizahMdNor) (twitter=https://twitter.com/Azhafizah) (instagram=https://www.instagram.com/azhafizah.mdnor/)

Blog Sihatimerahjambu

Follow @azhafizah.mdnor